laporkan sebelum ini, nampaknya top team dah pun buat keputusan untuk tarik diri dari menyertai Galaxy Battles 2 yang dijadualkan pada 15 hingga 21 Januari ini."> laporkan sebelum ini, nampaknya top team dah pun buat keputusan untuk tarik diri dari menyertai Galaxy Battles 2 yang dijadualkan pada 15 hingga 21 Januari ini." /> laporkan sebelum ini, nampaknya top team dah pun buat keputusan untuk tarik diri dari menyertai Galaxy Battles 2 yang dijadualkan pada 15 hingga 21 Januari ini." />

DOTA 2: Liquid, Secret Dan Virtus Pro Tarik Diri Daripada Galaxy Battles 2 – Lebih Banyak Team Mungkin Menyusul

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, nampaknya top team dah pun buat keputusan untuk tarik diri dari menyertai Galaxy Battles 2 yang dijadualkan pada 15 hingga 21 Januari ini.

Ketika artikel ini ditulis, Team Liquid, Virtus. Pro dan Team Secret mengumumkan pembatalan mereka ke kejohanan itu selepas Valve menarik status Major (tiada qualifier points dan 500K wang tunai yang ditaja).

Hal ini berikutan penguatkuasaan undang-undang di Filipina yang memerlukan atlet eSports menjalani ujian doping tapi Valve membuat keputusan menarik diri kerana risau akan keselamatan dan privasi pemain yang menyertai kejohanan itu.

Penulis percaya lebih ramai pasukan akan menarik diri untuk menyertai kejohanan terdekat lain iaitu ESL One Genting 2018 di Malaysia.

Team MyGameOn akan terus update pasukan pasukan lain yang mungkin mengambil langkah sama. Sementara itu, masih belum pasti jika penganjur akan membatalkan Galaxy Battles 2 ataupun meneruskan dengan prize pool yang lebih kecil. Nantikan pengumuman kami! 

TAGS

RELATED NEWS

+