Team Spirit antara yang dijemput ke ESL One Kuala Lumpur 2023

ESL One Kuala Lumpur adalah salah satu kejohanan berprestij Dota 2 yang juga penutup bagi tahun ini.

Baru-baru ini, mereka mengumumkan empat pasukan dijemput ke pertandingan itu:

  • Team Spirit
  • Gaimin Gladiators
  • LGD Gaming
  • Azure Ray

Lapan pasukan lain akan ditentukan melalui pusingan kelayakan terbuka dan tertutup diadakan pada 12 November hingga 18 November ini.

Dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta (RM4.67 juta), pastinya kejohanan ini akan menarik ramai peminat dari luar negara hadir ke MITEC Kuala Lumpur nanti.

Anda boleh menonton ESL One Kuala Lumpur 2023 di saluran Twitch ESL Dota 2 dan Youtube. 

Tiket juga masih lagi dijual di LINK ini.

ESL One Dota 2 sebelum ini diadakan di Genting Highlands namun kali ini lokasinya dipindahkan ke MITEC, Kuala Lumpur.

RELATED NEWS

+