DOTA 2: Newbee Muncul Juara ESL One Genting 2018, Bawa Pulang 200 Mata Dota Pro Circuit

Newbee menyusur laju ke kedudukan pertama, meraih gelaran juara ESL One Genting 2018 selepas berjaya menundukkan pasukan dari Eropah, Team Liquid dengan markah 3-2 dalam pusingan Grand Final di Arena of Stars, Resorts World Genting, sebentar tadi.

Kemenangan itu seterusnya melayakkan skuad China itu membawa pulang wang tunai USD160,000 (RM619,000) dan juga 200 mata kelayakan The International 2018. Mata keseluruhan dikumpul setakat ini ialah 1,635 hanya di belakang Team Liquid dan Virtus Pro yang mengumpul keseluruhan 3,060 dan 2,700 mata.

AGIHAN wang kemenangan dan mata Dota Pro Circuit bagi setiap pasukan

Pasukan yang diterajui Xu ‘Moogy’ Han, Song ‘Sccc’ Chun, Damien ‘kpii’ Chok, Hu ‘Kaka’ Liangzhi, dan Zeng ‘Faith’ Hongda itu sentiasa konsisten dan tidak bertukar roster sejak  mendapat tempat kedua di The International 2017 tahun lalu.

Team MyGameOn ingin mengucapkan tahniah kepada mereka! Korang memang terbaiklah! Tebus kekalahan di The International 7!

RELATED NEWS

+