Hands On: Resident Evil 2 Remake Demo Di PSX SEA 2018

Pertama kali mencuba Resident Evil 2 Remake di PlayStation Experience SEA 2018 di Bangkok, Thailand, penulis mengaku pengalamannya memang luar biasa.

Penulis masih ingat lagi 15 tahun lalu, main Resident Evil 2 di PlayStation 1. Walaupun time tu masih kanak-kanak tapi suasana seram dia tu memang terasa sampai sekarang ingat lagi bila licker lalu di tepi tingkap.

Elemen-elemen macam itulah yang masih dirasai dalam Remake ini. Tak pernah hilang sikit pun legasinya.

KEMBARA LEON

Di opening scene, penulis terus ditempatkan dalam Balai Polis Raccoon City (RPD) dan memulakan kembara sebagai polis muda yang masih baru.

Pada babak itu aje dah macam-macam elemen Resident Evil diterapkan. Antaranya typewriter, first-aid spray dan juga antaramuka (HUD) yang sama dengan Resident Evil 7. Penulis buka aje inventori, memang sama kerana Remake ini menggunakan RE Engine sepenuhnya.

Quick shortcut juga disertakan dengan hanya menekan butang kanan, kiri, atas atau bawah di DS4 memudahkan penulis untuk pilih senjata dengan cepat.

Berbalik kepada jalan cerita tadi, Leon dikejutkan dengan video rakaman CCTV yang menunjukkan seorang pegawai yang dikejar zombi. Dari situ penulis dikejarkan ke lokasi seterusnya, ruang legar lebih gelap dan sepi demi untuk menyelamatkan polis tadi.

ZOMBI BERKELOMPOK, ADA KELEMAHAN

Yang paling menarik, penulis pertama sekali dikejutkan dengan zombi yang membuka pintu. Di sini penulis cuba untuk tembak beberapa tempat seperti di kaki, kepala dan perut.

Nampaknya setiap zombi ini mempunyai kelemahan macam manusia sebenar! (syabas Capcom). Contohnya kalau penulis tembak banyak kali di kaki, ia boleh tercabut dan membuatkan zombi itu mengengsot.

Kalau shoot dekat kepala dengan kira-kira 3 tembakan, barulah mati zombi itu. Kesimpulannya, jangan biarkan zombi datang dekat sebab sebelum dapat combat knife, memang penulis akan tetap kena gigit.

Sistem nyawa seperti biasa yang menunjukkan status Fine, Caution, Danger seperti dalam klasik. First-aid spray akan terus heal sampai penuh. Gabungan herba hijau pula akan menguatkan lagi kuasa sembuh pada Leon.

Di babak pertama ini, zombi akan muncul secara berkelompok. Penulis pernah cuba untuk redah dua zombi serentak. Yang bijaknya, kedua-duanya akan serang dan gigik serentak, timpakan lebih banyak damage.

PUZZLE DAN SENJATA

Sepanjang dua jam bermain (termasuk meneroka RPD), penulis menjumpai senjata seperti Shotgun yang hanya boleh ditemui dengan menggunakan kad locker untuk senjata (weapon locker card). Haa, korang kena pandai la explore dan cari sendiri kad ni untuk unlock weapon baru.

Penulis masih belum pasti kalau kad itu tak ditemui, korang akan jumpa Shotgun di tempat lain atau tak (rasanya tak).

Bagi pertempuran pula, korang akan dibekalkan dengan combat knife selepas melepasi ada satu babak ni. Pisau tu boleh digunakan untuk hit zombi pada jarak tak dekat dan tak jauh sangat, perlahankan pergerakan diorang. Tapi sewaktu penulis menetak beberapa kali, pisau tu makin lama makin rosak dan perlu ganti baru.

Menariknya, pisau ni juga boleh digunakan untuk counter zombi yang berjaya menerkam korang. Lepas mencucuk pisau tu dekat badan zombi, korang boleh retrieve balik.

Senjata dan kombinasi add-on seperti juga memang best. Sebagai contoh, pistol biasa penulis boleh memuatkan lebih banyak peluru selepas menemui clip yang lagi besar. Semua penambahan ini mesti akan dijumpai lebih kerap dalam permainan dan bergantung pada korang untuk equip yang mana satu.

Selain itu, puzzle dia pun nyata tak mengecewakan. Penulis perlu mencari jalan keluar dari RPD dengan mencari kunci berbentuk seperti daun terup (heart, spades dan lain-lain) untuk ke lokasi baru (sama seperti Resident Evil 7).

Bagi penulis, Capcom memang bijak kerana setiap langkah adalah satu kejutan dan pengalaman baru buat korang. Walaupun korang pernah main RE 2 klasik, kedudukan setiap zombi dan makhluk lain adalah berlainan. Ini boleh buat korang terkejut tiba-tiba atau tak boleh expect pun jump scare tu.

Penulis banyak kali juga terkejut dengan zombi yang dah disangka mati tapi masih hidup. Nak tahu macam mana diorang dah mati ke belum (penulis acu dan tikam dengan pisau ketika zombi ini masih ‘tidur’). Ini adalah taktik untuk tahu samada mereka akan terkam korang tiba-tiba atau tak.

KESELURUHAN

Masih banyak elemen dan sistem yang best dalam Resident Evil Remake ini tapi penulis tak ingin dedahkan semuanya!

Korang kena alami sendiri pengalaman seram ini pada tahun depan. Kali ini, Resident Evil 2 Remake memang terbaik, dan buat korang semua peminat veteran rasa tak sabar untuk ditakutkan kembali macam dulu-dulu.

RELATED NEWS

+