Kemaskini percuma Overcooked 2 memperkenalkan kandungan bertemakan musim panas

Team17 telah mengumumkan sebuah kemaskini baharu untuk permainan video memasak multi-pemain Overcooked 2 yang akan memperkenalkan kandungan tambahan percuma bertemakan musim panas.

Kandungan tambahan ini diberikan tajuk Sun’s Out Buns Out dan ia memperkenalkan beberapa watak-watak, resepi, dan dapur-dapur baharu. Ia telah dilancarkan di PC dan akan dilancarkan di konsol pada masa akan datang.

Jika anda belum pernah mencuba Overcooked 2, ia kini sedang dijual pada harga promosi RM26.40 sempena jualan musim panas Steam. Pembelian yang amat berbaloi jika anda menyukai permainan multi-pemain seperti ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini Sun’s Out Buns Out, anda boleh rujuk laman web rasmi Team17.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+