M1: Ini Adalah Senarai Kesemua Pasukan Ke Playoffs

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang, M1 baru saja mengakhiri pusingan peringkat kumpulan yang berlangsung sejak Isnin. Sebanyak 16 pasukan bertanding dalam empat kumpulan iaitu A, B, C dan D merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta.

Ini adalah dua pasukan teratas dan dua pasukan yang tersingkir dari setiap kumpulan:

 

Kumpulan A

Bagi hari pertama, pasukan gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) mendapatkan skor tertinggi dengan lapan mata kemenangan manakala pasukan Vietnam mengikuti rapat dengan enam mata. Sementara itu, lebih mengejutkan apabila juara MPL MY/SG Musim Keempat, EVOS SG tersingkir awal dengan hanya tiga mata kemenangan. Impunity KH (Kemboja) pula tidak memenangi mana-mana perlawanan

 

Kumpulan B

Skuad Malaysia, Axis Esports layak ke acara utama selepas mendapatkan keseluruhan enam mata di belakang skuad Myanmar, Burmese Ghouls yang tidak kalah langsung. Team Gosu dari Amerika Syarikat dan Candy Comeback (Laos) pula gagal membuat sebarang kejutan, menyebabkan mereka awal tersingkir.

 

Kumpulan C

Skuad negara, Todak pula adalah ‘raja’ kumpulan C apabila meraih tujuh mata, didepan pasukan Filipina, Sunsparks. Ini melayakkan mereka ke upper bracket esok. Pasukan dari Turki juga menunjukkan prestasi luar biasa namun gagal untuk ke playoff manakala skuad Brazil, Geo Esports tidak memberikan sebarang saingan sengit.

 

Kumpulan D

Bagi kumpulan terakhir bertarung hari ini, pasukan Indonesia, EVOS Legends berjaya memungut lapan mata sesuai dengan persembahan mereka yang konsisten. Di tempat kedua adalah 10s Gaming Plus (Jepun) yang membuat kejutan dengan meta terbaru mereka yang sukar dibaca.

Lebih mengejutkan apabila Onic dari Filipina tersingkir awal kerana mereka antara pasukan pilihan kali ini. Deus Vult dari Russia pula gagal membuat sebarang kejutan.

 

Ini pula adalah bracket perlawanan esok menyaksikan Todak akan memulakan perlawanan pembukaan ke atas RRQ sementara Axis pula akan bertembung berentap Jepun di lower bracket.

Jangan lupa baca artikel ini untuk segala info tentang M1.

Livestream di Youtube rasmi: Mobile Legends Bang Bang 

(Foto: Facebook Mobile Legends: Bang Bang)

RELATED NEWS

+