M2: “Sebab tak ada Ahmad,” – Ducky dedah punca Alter Ego kalah

Pasukan Bren Esports membawa semangat yang berkobar di dalam kejohanan dunia, M2. Setelah mendominasi dalam peringkat kumpulan C, mereka terus layak ke perlawanan penentuan upper bracket.

Perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan menyaksikan pertemuan dengan pasukan Indonesia, Alter Ego yang pernah mengalahkan mereka di peringkat akhir MPL Invitational yang lalu.

Jurulatih pasukan Bren Esports, Ducky berkata punca kekalahan pasukan Alter Ego oleh kerana mereka kehilangan seorang pemain, Ahmad yang telah disahkan positif COVID-19.

Tambah beliau dalam satu temubual media, “Punca kemenangan kami kali ini ke atas pasukan Alter Ego adalah kerana pasukan tersebut masih mencari keserasian dengan YAM. Ahmad dan YAM sebenarnya memiliki kemahiran serta kualiti yang sama, namun YAM belum dapat sesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.”

Mungkin dengan kehadiran Ahmad sebagai skuad utama akan mengubah kembali nasib pasukan Alter Ego selepas ini.

Hari ini Alter Ego akan bertempur dengan skuad Rusia, Unique Devu pada jam 3 petang ini di fasa kedua peringkat kumpulan bagi merebut slot lower bracket.

RELATED NEWS

+