Mobile Legends: Pendaftaran Untuk Kelayakan MPL MY/SG Musim Kelima Kini Dibuka

Peminat Mobile Legends: Bang Bang akhirnya boleh bertanding secara kompetitif dalam Musim Kelima Liga Profesional permainan tersebut.

Bagi membuat pendaftaran untuk pusingan kelayakan Malaysia, anda boleh klik pada LINK ini.

Bagi pusingan kelayakan, ia akan bermula pada 7 hingga 9 Februari (Malaysia) diikuti dengan 15 dan 16 Februari untuk warga Singapura. Hanya dua pasukan Malaysia dan satu pasukan Singapura akan layak ke musim liga. 

Tapi selepas menyaksikan kurangnya dua pasukan jemputan terus (asalnya tujuh), berkemungkinan penganjur akan menambahkan bilangan pasukan yang layak dari pusingan kelayakan.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Setakat ini, 5 pasukan yang dijemput terus adalah:

  • Team Bosskurr
  • Axis Esports
  • Todak
  • EVOS Esports SG
  • Geek Fam

RELATED NEWS

+