Mobile Legends: ‘Saiyan Reborn Masih Ada Ruang Baiki Kesilapan,’ – Ikuto & Pseudo

Saiyan Reborn, mereka adalah underdog yang sangat mengejutkan kesemua pihak apabila mendapat gelaran juara bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua. 

Sebelum ini, kami melaporkan Saiyan Reborn memenangi RM128,900 selepas menewaskan EVOS Esports SG dalam perlawanan sengit 3-2 menyaksikan wakil Malaysia itu meluncur laju dari lower bracket hinggalah ke grand final.

Tapi di sebalik kemenangan itu, pasti ada kesilapan yang dibuat. Hari ini penulis menemu bual dua pengulas MPL musim kedua, Ikuto dan Pseudo bagi mendapatkan komen mereka mengenai persembahan Saiyan Reborn dari musim liga hinggalah ke playoffs.

Radzi “Ikuto” Rahman

Ikuto adalah salah seorang pengulas Bahasa Melayu bagi MPL musim kedua.

TSYR Peroleh Rentak

Akmal (tengah) bersama ahli pasukan Saiyan Reborn dan HawkEye ML (paling kanan).

“Persembahan Saiyan Reborn sepanjang Liga adalah sangat tidak konsisten, bermula dengan mendapat 2 points dengan traitor, kemudian berjaya mendapat 1 points dengan ICON dan ASYN. Tetapi selepas itu tewas dengan 3 team di tangga bawah iaitu BTR, Borneo Dragon dan WOW.

“Perjalanan Liga mereka langsung tidak menggambarkan kekuatan mereka di playoff. Setelah kekalahan mereka di tangan Tyrants yang mana sudah dijangka, kesemua pengulas bersetuju yang mereka adalah pasukan pertama yang akan tersingkir.

“Tetapi pasukan Saiyan Reborn seperti mula mendapatkan rentak mereka dan setelah menang dengan traitor 2-0, kesemua pasukan seterusnya jatuh ke tangan mereka dengan skor yang sama. Kerjasama serta kawalan map mereka sepanjang playoff adalah kunci kemenangan mereka selain daripada kekuatan invidividu mereka yang sememangnya agak kukuh,”

Lunox dan Chou Kunci Kemenangan

“Secara amnya kesemua pasukan yang tertewas dengan pasukan Saiyan Reborn adalah kerana mereka mendapat hero yang boleh dikatakan paling merbahaya di dalam patch kali ini (Lunox). Namun itu bukanlah masalah utama yang berlaku. Kelebihan pemain Chou yang ada di dalam pasukan Saiyan Reborn membuahkan hasil kepada mereka.

“Dengan berjaya menangkap seorang demi seorang pemain pasukan pihak lawan serta menyerap semua damage yang dikeluarkan, Chou adalah satu karakter yang patut diberi tumpuan. Kawalan map adalah punca utama kemenangan pasukan Saiyan Reborn. Mereka berjaya meletakkan tekanan di semua lane dan mengelak dari tertangkap. Tetapi jelas kelemahan utama pasukan Saiyan Reborn adalah di minit2 awal yang mana mereka akan jatuh sedikit sekiranya pasukan pihak lawan bermain agresif dari awal perlawanan,”

Kurang Latihan, Kurang Penganalisa

“Sudah terang lagi bersuluh, kelemahan utama pasukan Malaysia adalah konsistensi. Berbanding dengan pasukan Singapura, beberapa pasukan Malaysia tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya untuk mengikuti latihan berkumpulan. Selain daripada pasukan singapura mempunyai struktur organisasi yang lebih baik, pasukan di Malaysia, pemainnya tidak mempunyai tugas yang spesifik.

“Sebagai contoh pasukan luar negara seperti Indonesia dan Singapura, pemain mereka mempunyai tugas mereka masing2 yang mana mereka memastikan tugas mereka dalam game itu disempurnakan dengan jayanya. Pemain tank akan sentiasa tank, Pemain assasin akan sentiasa assasin.

“Selain daripada itu, pasukan Malaysia juga kurang penganalisis perlawanan yang mana tugas si analisis adalah untuk membaca dan meramal meta serta power pick patch2 yang akan datang. Sebagai contoh di meta kita sekarang objective>kill. Minion>jungle, yang mana sebelum ini meta kita berbeza. Objective=kill, Minion<jungle. Oleh yang demikian saya ingin menekankan di sini struktur organisasi, disiplin pemain dan support staff adalah kunci utama konsistensi berlaku,”

Justin “Pseudo” Gregory

Pseudo adalah salah seorang pengulas Bahasa Inggeris bagi MPL musim kedua.

Singapura Lebih Konsisten

EVOS Esports SG. Gambar: MPL

“Musim kedua menyaksikan ramai pemain dan pasukan baru jadi adil kalau nak katakan yang kesemua pasukan perlu menyesuaikan diri dengan jadual, format dan kehadiran pasukan lain. 

“Reborn: Mereka membawa nama Saiyan tapi kebanyakan pasukan tak memberi perhatian kepada persembahan mereka dan ia juga bukanlah prestasi yang terbaik. Mereka tiada stail ataupun strategi tersendiri — atau dengan kata lain, sebagai caster agak susah untuk saya ulas permainan mereka.

“EVOS: Pasukan Singapura ini cemerlang di kelayakan dan mereka satu-satunya pasukan yang tak mendapat jemputan terus. Melihat kepada playstyle mereka yang konsisten; mereka bermain dengan sabar dan mampu memenangi mana-mana perlawanan apabila diberi peluang. Ada lah kekurangannya pada minggu awal liga, tapi saya berkata begini pun kerana mereka perlu masa menyesuaikan diri dengan pasukan lain,”

Tiada Peluang Baca Strategi

Saiyan Reborn bukan dalam posisi baik ketika hari pertama playoffs. Gambar: FB Saiyan Reborn

“Ketika playoffs, mereka (TSYR) terus ‘dilanyak’, outdrafted, tak selesa dan sentiasa berdebar lalu jatuh ke lower bracket. Boleh diperhatikan di sini, mereka adalah pertama yang bertanding di playoffs dan mereka tak boleh baca meta ataupun gaya permainan.. jadi mereka hanya bersiap sedia dengan strategi sedia ada yang memang tak cukup hebat untuk menang perlawanan (upper bracket) ini.

“Saya pun kurang bersetuju dengan format pertandingan yang tak memberikan masa lama kepada jurulatih untuk ke atas pentas membantu pasukan mereka mempersiapkan diri lebih baik pada perlawanan seterusnya. Mereka tiada break selama 5 minit untuk strategy talk. Macam Team A, korang okay? Team B okay? Mulakan perlawanan.

“Pada jangka panjang ia takkan melatih pasukan (yang tiada jurulatih) untuk berfikir dan menganalisa perlawanan lalu sebelum mara ke perlawanan seterusnya,”

Peroleh Rentak, Setiap Game Lebih Baik Dari Sebelumnya

Mereka mara ke final selepas menewaskan Flash Tyrants

“Ketika di lower bracket, mereka terperangkap dengan ban sama dan pick lebih kurang sama. Mereka hanya perlu mengulangi strategi pada hari Jumaat, praktis sesuatu yang baru dan gunakannya. Mereka bertuah kerana strategi itu berhasil. Saya taknak katakan ia adalah luck kerana mereka pilih draft lebih bagus ataupun hero itu OP tapi saya ingin sentuh mengenai 4 set perlawanan mereka di lower bracket yang bertambah baik dari sebelumnya.

“Tapi pada perlawanan pertama ke atas Tyrants nampak tak mencerminkan prestasi mereka seperti perlawanan di grand finals. Mereka lebih fokus bermain menumpukan kepada keseluruhan peta (bukannya fokus pada game),”

Singapura Lebih Konsisten, Malaysia Dalam Zon Selesa

“Pasukan Singapura dikenali dengan corak mid game yang mantap, di mana kebanyakan pasukan Malaysia kurang menyinar di situ. Bila saya katakan mantap, ia bermaksud mereka adalah pasukan yang jarang membuat kesilapan.

“Sebagai contoh: Pasukan Malaysia menang early game, mereka akan over extendpush apabila tiada waves dan melupakan jungle serta objektif. Pada asasnya, mereka membuat apa saja yang tak membantu untuk menang.

“Pasukan Singapura pula menang awal permainan, mereka memberi tekanan pada lanes yang memberi sedikit gold dan experience tapi memberikan mereka kebebasan untuk mengambil jungle sendiri dan musuh juga.

“Jadi apabila salah satu pasukan tersilap langkah, pasukan Malaysia akan kembali seperti biasa ataupun tidak konsisten manakala Singapura pula biasanya akan jauh ke depan dari segi gold dan experience,”

Game 5 Adalah 50-50

Salah satu play yang dibuat oleh Saiyan Reborn, dipuji oleh penonton.

“Saiyan Reborn memperbaiki kesilapan itu pada perlawanan pertama dan kedua. Dalam perlawanan ketiga dan keempat, kita melihat mereka mati berulang kali dan berbalik kepada cara lama. Dalam perlawanan kelima, susah juga sebab 50-50. Helcurt adalah hero yang akan rush pada minit akhir dan tamatkan perlawanan jadi mereka hanya perlu mencari peluang. Teamfight yang berlanjutan menjadi ruang yang diperlukan mereka.

“Secara keseluruhannya, Saiyan Reborn menang kerana mereka bermain dengan lebih baik, mereka ada perancangan dan menunggu ia menjadi lalu menamatkannya dengan penuh bergaya,”

RELATED NEWS

+