Mobile Legends: Youtuber Ini Berbelanja 8,325 Diamonds Untuk Dapatkan Skin KOF

8,325 Diamonds. Itu jumlah yang dibelanjakan oleh seorang Youtuber bagi mendapatkan skin King of Fighters (KOF), satu kerjasama antara Moonton dan SNK. 

Dia berbelanja kira-kira RM600 untuk bermain KOF Bingo dan mendapatkan Bingo pertama.

Dalam video berdurasi 8 minit 26 saat itu, Youtuber dengan nama Elgin menggunakan 1,575 Diamonds untuk draw kali pertama. Ia lebih murah dari draw kali kedua dan seterusnya yang berharga 2,250 Diamonds.

Pada draw tersebut, Elgin berjaya memperoleh skin Leona (Karina) dan beberapa serpihan hero (fragments). Untuk mendapatkan Iori Yagami (skin eksklusif untuk Chou), dia perlu berjaya mendapatkan Bingo pertama.

Pada draw kali keempat, dia berjaya mendapatkan Iori Yagami dan sepanjang itu, memperoleh beberapa skin Epic dan serpihan hero serta rare skin serta emotes. Beliau juga memperoleh beberapa Magic Wheel Potion.

Ini adalah video untuk skin KOF edisi pertama. Jadi bagaimana pula dengan edisi kedua nanti? Kula Diamond (Aurora) dan K’ (Gusion) adalah skin eksklusif yang akan hadir tak lama lagi dan hanya boleh didapatkan dengan cara bermain KOF Bingo.

Setakat mana korang akan cuba dapatkan skin kegemaran korang ini?

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+