Mobile Legends: Zilong dan Layla menerima revamp dalam Project NEXT

Project NEXT Mobile Legends adalah satu inisiatif terbaru dari Moonton untuk membawakan perubahan kepada beberapa hero lama yang semakin lama semakin dilupakan kerana skillset mereka yang tidak sesuai dengan meta masa kini.

Yang terbaru, mereka bercadang untuk rework Zilong dan Layla, dua hero yang sangat memerlukan perubahan drastik pada kuasa mereka.

 

Zilong 

Kali ini Zilong mengalami beberapa penambahbaikan pada kuasa kedua dan juga pasif.

Sebagai contoh, Spear Strike mempunyai cast time lebih cepat dengan dash lebih pantas malah ia juga akan reset setiap kali anda menewaskan musuh atau mendapatkan assist. Ini membantu Zilong untuk berada dalam perlawanan lebih lama.

Kuasa pasifnya, Dragon Flurry pula akan mengenakan damage tambahan pada tetakan keempat. Jika sebelum ini ia diaktif setiap enam saat, berbeza pula kali ini apabila ia diaktifkan setiap empat tetakan. Pengguna Zilong pastinya akan gunakan build attack speed untuk memanfaatkan perubahan ini.

Ultinya pula dibuang pause 0.5 saat jadi selepas ini Zilong boleh gunakan ulti tanpa delay dan bergerak dengan lancar.

Dari segi penampilan, Zilong tak mempunyai banyak perubahan tapi warna jubahnya adalah lebih terang.

 

Layla

Bagi Layla pula, hero ini tidak digunakan langsung dalam kejohanan besar ataupun rank peringkat tertinggi kerana kekurangan mobility dan tidak begitu efisien.

Oleh itu, mereka menambah baik pasifnya Malefic Gun yang akan menguatkan skill-skill lain.

Sebagai contoh, kuasa pertamanya, Malefic Bomb akan memberikan Layla tambahan jarak serangan untuk jangka masa singkat jika kuasa ini terkena musuh. Ini membolehkan Layla kite musuh dari jauh dan mengejar musuh yang sedang lari dengan penambahan range.

Keduanya, Void Projectile memberikan damage tambahan sekiranya musuh diserang lagi sekali. Bagi ultimate pula, Destruction Rush secara pasifnya menambah range serangan Layla dan juga kuasa kedua.

Bagi penggunaan aktif, ultinya masih sama dengan laser di garisan lurus.

Bagi penampilan, pakaiannya tak banyak berubah tapi senjatanya, Malefic Gun diubahsuai sepenuhnya ala-ala steampunk dengan muncung senjata yang berputar dan ada scope. Senjata terbaru ini akan diaplikasikan untuk semua skin Layla yang sedia ada.

Selain kedua-dua hero ini, Moonton juga memperkenalkan antaramuka baharu dan kesemua efek tersebut boleh disaksikan dalam video di atas.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+