MPL Indonesia musim ketujuh bermula pada 26 Februari ini

Setelah berlalunya kejohanan dunia M2 di mana para peminat pasukan Indonesia RRQ Hoshi serta Alter Ego tidak dapat menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap di dalam perlawanan akhir, kini kedua pasukan tersebut boleh menebus kekalahan mereka dan akan bertarung untuk merebut gelaran juara bagi MPL Indonesia Musim 7 yang akan berlangsung pada 26 Februari ini. 

Baru-baru ini setiap pasukan dari Indonesia tidak lagi dapat membuat sebarang pemindaan terhadap ahli pasukan mereka pada 11 Januari 2021 yang lalu.

Pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah pasukan yang sama seperti tahun lepas iaitu RRQ Hoshi, Alter Ego, EVOS Legend, Bigetron Alpha, ONIC Esports, Aura Fire, Genflix Aerowolf, dan Geek Fam ID.

Menurut kenyataan laman web rasmi Indosport “Pasukan yang akan mengambil bahagian belum merasmikan ahli pasukan mereka yang akan bermain di MPL ID. Namun RRQ Hoshi nampaknya akan tetap dengan barisan yang digunakan di M2, yaitu Lemon, Xinn, Vyn, Alberttt, Wizzking, Psychoo, dan R7. Alter Ego juga dianggarkan akan menggunakan para pemain terbaiknya, iaitu Celiboy, Udil, PAI, YAM, LeoMurphy, dan Caesius, termasuk Ahmad yang tidak ikut serta ke Singapura, oleh kerana faktor kesihatan beliau di kejohanan dunia, M2 lalu,”

Sumber: Indosport

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+