MPL: Orange Esports mara, akan berdepan Resurgence esok

Pasukan Malaysia, Orange Esports Reborn berjaya mara ke pusingan final kumpulan bawah Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima selepas memenangi perlawanan epik ke atas EVOS SG, sekali gus akan berjumpa Resurgence esok.

Mereka menang dengan skor 2-0. Tahniah diucapkan!

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula semalam hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

RELATED NEWS

+