MPLI: Senarai lengkap roster berdaftar – Todak, Orange Louvre Esports dan Resurgence tukar pemain

Nampaknya pasukan Malaysia dan Singapura sudah pun mendaftarkan keseluruhan nama ahli bagi Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPLI) yang dijangka berlangsung pada 27 November ini.

Ada beberapa perubahan kecil dan besar. Baca lanjut.

 

1. Todak

Pasukan Todak sebagai juara MPL MYSG Musim Keenam melakukan sedikit perubahan kecil, lapor ONE Esports.

Mereka menggantikan dua pemain iaitu Stoo dan Xray kepada pemain baharu, Vins dan Momo. Stoo akan kekal sebagai penganalisa manakala Ciku pula akan menjadi core bagi skuad tersebut.

Senarai penuh nama ahli bagi skuad Todak di MPLI:

  • Ciku
  • Eone
  • Moon
  • Vins
  • Momo
  • 4Meyz

 

2. Orange Louvre Esports

Orange Louvre Esports pula adalah skuad Malaysia yang menggunakan ‘eksperimen antarabangsa’ iaitu menggabungkan pemain Malaysia dan Indonesia dalam satu pasukan.

Meskipun terpaksa memberi kemenangan percuma pada minggu pertama liga kerana masalah VISA, OLE berjaya konsisten pada minggu-minggu akhir dan seterusnya menewaskan pasukan pilihan, Red Reborn, Team Bosskurr dan juara musim kelima, Resurgence.

OLE memantapkan lagi roster mereka dengan pengambilan ahli Geek Fam Indonesia, Joker. Mereka juga mengekalkan tiga pemain utama iaitu Jiji, Aim dan Kuja.

Senarai penuh nama ahli bagi skuad OLE di MPLI:

  • Kuja
  • Jiji
  • Neo
  • Aim
  • Chibi
  • Joker

 

3. EVOS SG

Pasukan EVOS SG cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka pada musim keempat. Biarpun tewas di tangan Todak dan jatuh ke lower bracket, mereka berjaya menewaskan OLE dan seterusnya berjumpa lagi di Grand Final sebelum tewas 3-1 di tangan Todak.

Nampaknya keserasian dan prestasi ditunjukkan ini membuatkan mereka terus ingin kekal dengan roster sedia ada.

Ahli pasukan EVOS ada menunjukkan tanda-tanda mereka ingin bersara selepas MPL MYSG Musim Keenam namun MPLI sekali lagi mungkin menjadi destinasi terakhir mereka.

Ini adalah nama ahli bagi skuad EVOS SG di MPLI:

  • Aeon
  • JPL
  • Soul
  • Pokemon
  • Potato
  • ToxiCeo

 

4. Resurgence

Resurgence pernah menjadi skuad yang terhebat di MPL MYSG. Walaubagaimanapun, mereka tidak berjaya menjadi juara bertahan selepas tewas di tangan Orange Louvre Esports. 

Untuk MPLI, mereka hanya menukar seorang pemain mage iaitu Jason kepada Fenrir dan mahu mengekalkan pemain sedia ada yang sudah serasi main bersama.

Senarai nama ahli Resurgence bagi MPLI:

  • Kayzeepi
  • Fenrir
  • Sync
  • Sana
  • ly4ly4ly4
  • Fossa

Sumber rujukan: ONE Esports

Foto: Moonton

RELATED NEWS

+