MPL MY S13: Recap hari pertama – HomeBois kecundang, Team Haq buat kejutan

Perlawanan pembukaan antara HomeBois dan Selangor Red Giants berakhir dengan kekecewaan buat juara bertahan apabila mereka gagal menemukan momentum sekali gus tewas 0-2.

Disiplin dan komunikasi HomeBois kelihatan sedikit bercelaru dan menyebabkan mereka tidak berjaya menangkis serangan dari SRG. Draft unik seperti Roger di Gold Lane dan Barats di EXP membuatkan SRG berjaya main dengan begitu agresif.

Di perlawanan kedua, HomeBois sekali lagi berdepan kesukaran apabila Nets tidak dapat menyinar dan Sekys yang bermain Barats mendominasi kawasan Turtle dan Lord.

Untuk Team Haq pula, mereka memulakan perlawanan dengan agak kurang menyerlah apabila sering digasak pada fasa awal dan pertengahan perlawanan.

Namun, pertarungan penting di kawasan Lord menyebabkan Panda tertangkap dan seterusnya mereka berjaya mendapatkan Lord sekali gus berjaya menamatkan perlawanan.

Di game kedua pula, Janus menggunakan Fanny dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan pickoff penting untuk Team Haq.

Bountee pula menggunakan lineup poke seperti Novaria namun tidak berjaya mematahkan strategi Team Haq.

Perlawanan esok:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+