Parakacuk ialah game “Bully” versi Indonesia

Penulis yakin ramai orang pernah main Bully, permainan jenayah juvana dunia terbuka yang dilancarkan oleh Rockstar Games. Nampaknya terdapat sebuah studio di Indonesia yang sedang membangunkan Bully versi tempatan.

Permainan ini diberi tajuk Parakacuk. Secara ringkasnya, ia adalah sebuah permainan gengsterisme dalam persekitaran sekolah menengah di Indonesia.

Trailer di atas mempertunjukkan aspek permainan pertarungan dan persekitaran SMK 69 Jancuk, lokasi utama Parakacuk. Lebih banyak maklumat tentang permainan ini boleh dilihat di laman Instagram pembangunnya Gamecom Team.

Gamecom Team merancang untuk melancarkan Parakacuk di Steam pada 29 Oktober tahun ini. Jika anda berminat dengan permainan ini, pastikan anda meletakannya dalam wishlist anda di platform tersebut.

Sumber: IGN SEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+