Predator Helios 300 Dan Acer Nitro 5 Dinaiktaraf, Nitro 7 Pula Dilancarkan Untuk Tahun 2019

Selain Predator Triton 900, komputer riba gaming gergasi dilancarkan hari ini, Acer Malaysia juga umumkan kemaskini bagi produk tahun lepas iaitu Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 untuk tahun 2019. Mereka juga melancarkan Nitro 7 dengan paparan lebih besar untuk mereka yang sukakan pengalaman gaming di komputer riba. Jom tengok tawaran baru daripada Acer ini!

 

Predator Helios 300

Helios 300 adalah produk yang dinaiktaraf dari tahun lalu dan lebih sesuai bagi pemain profesional e-sukan dan ia juga cukup nipis pada kelebaran 3.8mm berbanding produk terdahulu. Lebih menarik apabila bezelnya cukup nipis dilengkapi dengan Intel Core Generasi ke-9 serta NVIDIA GeForce RTX 2060 yang hadir dalam dua warna iaitu biru dan hitam.

Paparannya adalah 144Hz HD Penuh IPS dengan saiz 15.6 inci serta bezel lebih nipis.

Papan kekuncinya adalah Predator Typeface, RGB 4-zon, dengan TURBO key dan PredatorSense. Kipasnya pula adalah Aeroblade 3D Generasi ke-4 dengan 45% aliran udara lebih baik dan 35% lebih senyap untuk pengalaman gaming lebih baik.

Predator Triton 300 – harga RM5,399 untuk Intel Core i5 (8GB RAM).

Predator Triton 300 – harga RM6,199 untuk Intel Core  i7 (8GB RAM)

Predator Triton 300 – harga RM6,799 untuk Intel Core i7 (16GB RAM).

 

Acer Nitro 5 & Nitro 7

Nitro 7

Bagi produk dengan dua versi ini, ia lebih sesuai untuk pemain kasual yang mana Nitro 7 (paparan 17.3 inci) untuk mereka yang dahagakan prestasi dan pengalaman gaming lebih baik. Setebal 19.9mm, ia mempunyai chasis besi manakala Nitro 5 pula dengan paparan HD penuh IPS 15.6 inci dengan reka bentuk bezel lebih nipis.

Paparan kedua-duanya adalah 144Hz dengan Intel Core i7 Generasi ke-9 dan kad grafik boleh dinaiktaraf hingga GTX1660TI. RAM keduanya boleh dinaikkan sehingga 32GB dan diatangkan dengan dua slot M.2 PCle SSD.

Kipas Acer CoolBoost dilengkapkan untuk pengalaman gaming lebih menarik tanpa gangguan haba.

Nitro 5

Bagi Acer Nitro 5, ia dijual dengan harga RM3,499 dan varian dengan paparan 17.3 inci (144Hz) pula pada harga RM4,899 sama dengan Nitro 7.

Lebih menarik, bermula hari ini hingga 30 Jun, Acer menawarkan harga promosi bagi Helios 300, Acer Nitro 5 & 7 di kedai jenama Acer dan Superstor terpilih. Kalau korang datang ke Orange Concourse, Sunway Pyramid, bolehlah singgah roadshow untuk melihat sendiri produk-produk ni hingga 30 Jun.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+