Red Dead Redemption 2 Bakal Menyertakan Mod Battle Royale, Dunia Terbuka & Banyak Lagi

Menurut laporan eksklusif daripada Trusted Reviews, terdapat data tertiris yang menyatakan permainan video Red Dead Redemption 2 akan memperkenalkan sokongan multi pemain, dunia terbuka dan banyak lagi.

Tiga mod multi pemain didedahkan seperti Battle Royale, Revive and Survive dan Money Grab. Mod Battle Royale semestinya dikenali semua yang pernah bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Revive and Survive akan dimainkan seperti Team Deathmatch tapi pemain diberikan peluang yang sedikit untuk menghidupkan ahli pasukan. Sementara itu, Money Grab lebih kepada perlawanan merebut objektif dengan mengumpul duit dan membawanya ke pangkalan.

Selain itu, data itu juga menyatakan Red Dead Redemption 2 akan menampilkan dunia terbuka yang lebih immersive daripada GTA Online Los Santos yang mana kedai akan beroperasi dan ditutup bergantung kepada waktu operasi.

Aktiviti dalam dunia terbuka termasuklah memancing, membela haiwan dan melombong emas. Info lain termasuk perspektif first-person dan third-person.

Bagaimanapun, ia hanya sekadar khabar angin dan Rockstar masih dalam proses membangunkan game ini untuk tarikh keluaran baru iaitu pada 26 Oktober ini.

Sumber: Trusted Reviews

TAGS

RELATED NEWS

+