Epic Games Store. Ia dibangunkan oleh First Watch Games dan diterbitkan oleh Hi-Rez Studios."> Epic Games Store. Ia dibangunkan oleh First Watch Games dan diterbitkan oleh Hi-Rez Studios." /> Epic Games Store. Ia dibangunkan oleh First Watch Games dan diterbitkan oleh Hi-Rez Studios." />

Rogue Company dilancarkan secara early access di Epic Games Store

Permainan video penembakan multi-pemain Rogue Company kini telah dilancarkan secara early access di Epic Games Store. Ia dibangunkan oleh First Watch Games dan diterbitkan oleh Hi-Rez Studios.

Rogue Company menonjolkan mod permainan multi-pemain Team Deathmatch yang sudah biasa dilihat dalam genre ini tetapi ia menggabungkan juga aspek skydive yang terdapat dalam banyak permainan video battle royale.

Tidak sama seperti Counter-Strike: Global Offensive dan VALORANT, para pemain tidak akan spawn di lokasi-lokasi tertentu tetapi perlu skydive ke mana-mana lokasi di peta permainan.

Di Epic Games Store, terdapat tiga edisi Rogue Company yang dilancarkan iaitu Starter Founder’s Pack, Standard Founder’s Pack, dan Ultimate Founder’s Pack. Setiap satu mempunyai kandungan bonus tertentu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+