Sambutan Ulang Tahun Starcraft Ke-20 Memberikan Pemain Pelbagai Ganjaran Menarik! – Blizzard

Peminat Starcraft? Tahukah korang Starcraft akan berumur 20 tahun pada 31 Mac ini dan Blizzard Entertainment ingin menyambut ulang tahun itu dengan giveaways dan stream. Sambutan itu meliputi active games untuk Blizzard dan skins serta ganjaran in-game akan hadir ke Diablo 3, Hearthstone, Heroes of the Storm, Overwatch, Starcraft 2, Starcraft: Remastered dan World of Warcraft.

Ini antara ganjaran yang disediakan Blizzard kepada pemain sempena ulangtahun ke-20 Starcraft:

Battlecruiser pet untuk Diablo 3: Gambar: Polygon

Skin Kerrigan Ghost untuk Overwatch

StarCraft 20th Anniversary UI Skin untuk StarCraft: Remastered

Pemain Starcraft 2 akan menerima antaramuka khas untuk setiap race. Bagi pemain Diablo 3 pula, korang akan dapat Dominion’s Revenge, haiwan peliharaan berbentuk Battlecruiser (fuhh awesome!). Bagi Overwatch pula, korang akan dapat skin Sarah Kerrigan Ghost untuk Widowmaker.

Senarai penuh untuk ganjaran lain boleh dilihat di SINI!

RELATED NEWS

+