Siri televisyen Fallout diumumkan, diterbitkan oleh penerbit Westworld

Jonathan Nolan dan Lisa Joy kini bekerjasama dengan Amazon untuk menerbitkan sebuah siri televisyen berdasarkan siri permainan video Fallout. Bethesda Game Studios dan Bethesda Softworks juga terlibat dalam pembikinan siri televisyen ini.

Pada waktu ini, proses penggambaran masih belum bermula kerana pihak penerbit sedang menunggu kelulusan skrip daripada Amazon. Jonathan dan Lisa menyatakan bahawa mereka sangat teruja untuk bekerjasama dengan penerbit permainan video Fallout, Todd Howard.

Nampaknya terdapat banyak siri permainan video yang akan dijadikan siri televisyen. Sony sedang mengusahakan siri televisyen The Last of Us dan siri permainan Borderlands pula akan dijadikan sebuah filem yang diarahkan oleh Eli Roth.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+