Sonic Forces: Speed Battle Sedia Dimuat Turun Di Android dan iOS

Apabila kita mendengar nama francais popular seperti Sonic, pastinya takkan teragak-agak untuk mencuba keluaran terbaru. SEGA kerap kali mengeluarkan game Sonic di peranti mudah alih umumnya di Play Store dan App Store.

Sama seperti judul lain, keluaran terbaru iaitu Sonic Forces: Speed Battles ini adalah yang pertama dalam siri itu untuk menampilkan loot boxes, satu ciri yang banyak kali dipuji oleh publisher dan pembangun.

Lebih menarik, Sonic Forces menerapkan ciri PvP multiplayer. Anda akan berlari dan bertanding dengan pemain lain dari serata dunia seakan-akan judul Fun Run. 

Permainan mudah alih ini menampilkan karakter ikonik seperti Sonic, Amy, Knuckles, Tails, Shadow, Rogue, Omega dan Vector.

Selama mana pun anda enjoy game ini, ia mempunyai wait timers yang menghadkan tempoh permainan dan hanya boleh unlock menggunakan in-game currency yang kebiasaannya terdapat dalam loot boxes ataupun dibeli menggunakan wang ringgit.

Pemain memenangi loot boxes apabila mereka bertanding sesama sendiri ataupun dibeli menggunakan Red Star Rings. Satu lagi jenis currency – Coins boleh digunakan untuk menaik taraf karakter baru dan juga kuasa serta ability mereka.

Muat turun untuk Android, klik sini.

Muat turun untuk iOS, klik sini.

RELATED NEWS

+