Sonic Mania Mungkin Tak Akan Mendapat Sekuel Dalam Masa Terdekat

Sonic Mania yang popular keluaran Sega dengan grafik stail 16 bit mungkin tak akan kembali dengan sekuel terbaru dalam masa terdekat. Dengan keluaran Sonic Mania Plus pada Julai ini yang akan menyertakan mod baru iaitu Encore, nampaknya ia akan terhenti di situ saja buat masa ini.

Keputusan ini mungkin kerana Sonic Mania dijual dalam bentuk digital dan bukan fizikal. Nintendo Switch juga tidak dijual secara meluas pada ketika itu (kebanyakan pengguna bermain di Nintendo Switch untuk permainan ini).

Walaupun tiada pelan lanjut dikongsi, pemain boleh menikmati permainan Sonic Mania Plus yang akan dikeluarkan pada 17 Julai dengan mod baru dan penambahan lain.

Sumber: Comicbook

TAGS

RELATED NEWS

+