bahagian laman web untuk memperincikan alat kawalan PlayStation5 (PS5) DualSense dan aksesori-aksesori lain seperti stesen pengecasan, headset nirwayar PULSE 3D, alat kawalan media, dan kamera HD."> bahagian laman web untuk memperincikan alat kawalan PlayStation5 (PS5) DualSense dan aksesori-aksesori lain seperti stesen pengecasan, headset nirwayar PULSE 3D, alat kawalan media, dan kamera HD." /> bahagian laman web untuk memperincikan alat kawalan PlayStation5 (PS5) DualSense dan aksesori-aksesori lain seperti stesen pengecasan, headset nirwayar PULSE 3D, alat kawalan media, dan kamera HD." />

Sony dedahkan maklumat lanjut mengenai alat kawalan PS5 DualSense dan aksesori lain

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah melancarkan bahagian laman web untuk memperincikan alat kawalan PlayStation5 (PS5) DualSense dan aksesori-aksesori lain seperti stesen pengecasan, headset nirwayar PULSE 3D, alat kawalan media, dan kamera HD.

Bahagian “aksesori” di laman web rasmi PS5 ini memberikan penerangan yang lebih mendalam tentang ciri-ciri alat kawalan DualSense seperti haptic feedback dan adaptive triggers. Ia juga memberikan pandangan 360 darjah untuk alat kawalan tersebut dan aksesori lain.

Headset nirwayar PULSE 3D mempunyai beberapa aspek yang agak menarik seperti mempunyai dua mikrofon tersembunyi untuk kualiti suara yang lebih tinggi dan juga penyesuai USB yang boleh disambung ke PS5, PlayStation 4 (PS4), dan juga PC (Windows & Mac).

Sama seperti stesen pengecasan rasmi alat kawalan DualShock 4 untuk PS4, stesen pengecasan DualSense boleh digunakan untuk mengecas dua alat kawalan DualSense sekaligus. Ia cuma berbeza dari segi rekaan.

Alat kawalan media PS5 boleh digunakan untuk mengawal tetapan televisyen (yang disokong) kerana ia mempunyai pemancar IR. Nampaknya ia direka sebagai alternatif yang lebih mudah digunakan untuk mengawal tetapan media berbanding dengan DualSense.

Jika anda merancang untuk livestream dengan menggunakan PS5, anda semestinya berminat dengan kamera HD PS5 yang mampu merakam pada resolusi 1080p. Ia mempunyai pendiri yang boleh digunakan untuk dipasang dengan mudah pada televisyen anda.

Penulis yakin ramai tidak sabar untuk mengetahui harga untuk setiap aksesori di atas dan juga harga konsol PS5. Malangnya, SIE masih belum mendedahkan perkara tersebut.

Sumber: PlayStation

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+