Team Secret juara PMPL MY/SG Musim Kedua, Yoodo Gank, Team SMG dan Geek Fam mara ke SEA Final

Pasukan PUBG Mobile negara, Team Secret muncul juara bertahan untuk Liga Profesional (PMPL MY/SG) Musim Kedua yang sudah berlangsung selama empat minggu. 

Dengan kemenangan tersebut, mereka berjaya memenangi hadiah RM62,500. Mereka sudah pun layak ke SEA Final musim kedua kerana sebelum ini menjadi juara bertahan di PMPL. musim pertama.

Team Secret juga menerima bonus lebih RM8,000 di atas kejayaan Uhigh memperoleh gelaran MVP bagi Grand Finals tersebut.

Turut mengikuti di belakang adalah Yoodo Gank (yang sememangnya layak kerana memenangi SEA Final musim lepas), Geek Fam dan Team SMG.

Yoodo Gank menerima AS$10,000, diikuti Team SMG (AS$7,500) dan Geek Fam (AS$4,500).

PMPL SEA Finals musim kedua dijangka bermula pada 23 Oktober hingga 25 Oktober ini.

RELATED NEWS

+