Selain siri Persona asal yang memfokuskan kepada plot dan perkembangan karakter, Atlus juga ada menerbitkan siri Persona yang memfokuskan pada tarian.
Ogos lalu, Persona 3: Dancing Moon Night dan Persona 5: Dancing Star Night diumumkan akan hadir ke PlayStstion 4 dan PlayStation Vita pada 2018.
Terbaru, Atlus dan P Studio mengeluarkan dua trailer dengan video gameplay memaparkan barisan karakter yang mempamerkan dance moves masing-masing.
Kedua-dua permainan ini mengikut tema Persona 4: Dancing All Night yang dilancarkan pada 2015 di PlayStation Vita.
Di Jepun, ia akan dilancarkan pada 24 Mei 2018 tapi untuk pasaran barat dan Asia masih belum diumumkan.