Alien: Isolation bakal tiba di iOS dan Android 16 Disember ini

Alien: Isolation yang cukup terkenal di platform platform konsol dan PC pada 2014 kini bakal dibawa ke platform Android dan iOS pada 16 Disember ini! 

Bermain sebagai Amanda Ripley, Alien Isolation dikatakan berlaku 15 tahun selepas peristiwa di filem pertama Alien. Amanda akan meneroka sebuah stesen yang ditinggalkan, kemudian diintip oleh makhluk asing ikonik.

Alien: Isolation akan tiba dengan tanda harga AS$14.99 (RM62.68) dan akan didatangkan dengan kesemua 7 DLC termasuk Last Survivor dan Crew Expendable. 

Ia sebelum ini dilancarkan di Xbox 360, Xbox One PS3, PS4 dan PC pada 2014 sebelum dibawa ke Linux dan OSX pada 2015, serta ke Nintendo Switch pada 2019.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+