5 permainan video seram yang pasti buat anda tak senang duduk

Genre seram (horror) untuk permainan video masih menjadi antara genre yang jarang dimainkan oleh ramai orang.

Namun ketakutan dan ketegangan dalam permainan video horror pasti akan membuat anda rasa ingin mencuba.

Jom lihat 5 Permainan Video Horror yang pasti buat anda takut.

1. Alan Wake Remastered

Alan Wake Remastered, anda akan bermain sebagai Alan Wake dan perlu mencari isterinya yang hilang.

Tetapi permainan ini akan membawa ke dalam pengembaraan yang berhantu dan penuh misteri.

Tidak lupa juga penuh dengan cliffhanger yang membuat anda tertanya-tanya.

2. Little Nightmares II

Little Nightmares II, pasti akan memberi anda mimpi ngeri.

Ia adalah penyambung kepada yang pertama dan menceritakan tentang Mono, seorang karakter baru.

Permainan ini penuh dengan patung-patung hidup yang membuat anda tidak senang.

Penuh dengan teka-teki tetapi dunia ini pasti membuat anda terganggu kerana manusia seakan-akan sudah tidak wujud di dalam dunia itu.

3. Alien: Isolation

Alien: Isolation pada mulanya tampak mudah untuk dimain.

Tetapi menjadi antara permainan video yang sangat menakutkan dan menjadi antara permainan video Alien yang paling sama dengan francais Alien.

Anda akan bermain sebagai Amanda yang juga anak kepada Ellen Ripley dan perlu bersembunyi dan cuba untuk hidup di stesyen Sevastopol yang diserang Xenomorph.

Namun, Xenomorph ini akan memaksa anda untuk berlari, bersembunyi, dan tindakannya akan sentiasa membuat anda paranoid.

4. Silent Hill 2

Silent Hill 2 masih menjadi antara permainan video seram paling hebat setakat ini.

Lain dari Silent Hill yang lain, Silent Hill 2 anda perlu mencari isteri anda yang dikatakan sudah mati.

Anda akan memasuki banyak mimpi ngeri yang dipenuhi dengan raksasa yang akan memberi anda parut psikologikal.

5. Outlast

Outlast ialah satu permainan video seram survival di mana anda perlu melarikan diri dari Mount Massive Asylum yang mempunyai orang psiko yang akan membuat eksperimen ngeri ke atas anda.

Apa yang menakutkan ialah anda perlu menggunakan kamera anda untuk melihat di dalam kegelapan dan membuat anda berasa tidak senang.

Walaupun game ini sudah lama, Outlast akan tetap membuat anda takut akan kegelapan akibat kejutan yang anda bakal terima sedar atau tidak.

RELATED NEWS

+