Alliance bubar pasukan Dota 2 selepas 10 tahun

Alliance semalam mengumumkan pembubaran pasukan Dota 2 mereka dan tidak lagi menyambung legasi mulai 2024.

Menurut Alliance, sesi percubaan Disember ini berjaya tetapi mereka tidak dapat mendapatkan persetujuan kontrak untuk dua pemain.

Oleh itu, Alliance membuat keputusan untuk membubarkan pasukan Dota 2 mereka.

Alliance juga tidak asing lagi dalam dunia Dota 2 apabila menjadi antara pasukan paling lama sejak arena kompetitif diperkenalkan ketika The International 1.

Mereka juga pernah memenangi The International 3 pada tahun 2013.

Alliance sebelum ini sudah berjanji untuk kembali dengan mencari pemain baharu.

Tetapi sejak tiga tahun lepas, mereka sentiasa berjuang dan bergelut tetapi semakin merosot.

Pertandingan terakhir mereka menjulang kejuaraan adalah pada DreamLeague S12 tahun 2019 dan kedudukan 9-12 semasa TI10 mungkin adalah pencapaian positif terakhir mereka.

RELATED NEWS

+