Veteran Dota 2, MinD_ContRoL dibuang dari Tundra Esports beberapa minit sebelum perlawanan

MinD_ContRoL antara pemain ikonik offlaner Dota 2.

Dia semalam ditendang keluar dari pasukannya iaitu Tundra Esports hanya beberapa minit sahaja sebelum perlawanan dengan Shopify Rebellion di DreamLeague Season 22.

Berita tersebar dengan lebih meluas apabila dia sendiri membuat pengumuman dibuang di laman Twitter/X.

Berita ini mengejutkan ramai kerana MinD_ContRoL baru sahaja menyertai Tundra pada bulan lepas untuk menggantikan pemain lama Tundra iaitu laise.

Tambahan lagi, pembuangan MinD_ContRoL membuat ramai tertanya-tanya kerana pada minggu lepas 23 Februari, Zai dilantik sebagai pengurus besar.

Zai juga adalah seorang pemain offlaner.

Peminat merasakan tindakan ini disebabkan oleh pelantikan Zai.

Satu ciapan dari GosuGamers, MinD_ContRoL ada membaut kenyataan mengapa dia dikeluarkan dari Tundra Esports.

Dia memberikan tiga sebab yang mungkin menjadi punca:

1. Pemain Tundra, Pure mengambil slot kapten MinD_ContRoL

Dia mengatakan Pure secara tidak langsung mencuri posisi itu.

Tetapi baginya hal ini tidak mengapa jika mereka menang.

2. MoonMeander menjadi jurulatih

Dia pada mulanya tidak sukakan keputusan ini tetapi ia tetap dilaksanakan oleh CEO Tundra Esports.

MinD_ContRoL tidak mempunyai pilihan lain selain akur saja dengan keputusan ini.

3. Pelantikan Zai ke Tundra Eports sebagai pengurus pemain

MinD_ContRoL mengatakan pelantikan Zai sebagai pengurus pemain kerana posisi itu tidak memberikan manfaat kepada pasukan.

Dia juga tidak mempunyai ‘suara’ atau decision making walaupun sebagai seorang ketua. Dengan tiga tambahan masalah baru, MinD_ContRoL mengatakan lebih baik dia keluar.

Tetapi cara Tundra Esports memecat MinD_ContRoL masih menjadi tanda tanya dan mereka mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bekas pemain Nigma itu dikenakan tindakan disiplin.

RELATED NEWS

+