Artifact Kehilangan Hampir 80% Pemain Selepas Dua Minggu Dilancarkan

Sejak dilancarkan pada 28 November, permainan perlawanan kad dari Valve ini menunjukkan angka yang membimbangkan, kehilangan hampir 80% pemain.

Selepas sehari dilancarkan di Steam, seramai 60,740 direkodkan bermain Artifact menjadikannya permainan di tangga kelima dalam Steam.

Ia bukan saja menarik peminat permainan kad tapi juga Dota 2 kerana terdapat karakter sama di dalamnya. 

Tapi langit tak selalu cerah kan?

Kurang 24 jam yang lalu, mengikut Steam Charts, Artifact hanya mempunyai seramai 11,596 pemain maksimum.

Genre Collectible Card Game adalah niche jadi tak hairanlah kalau Artifact tak berjaya menarik pemain seperti dalam CS:GO ataupun Left 4 Dead. Tapi ini juga bersebab, kerana komuniti memberi komen tak bagus di Steam.

Ramai mengatakan betapa mahalnya untuk bermain secara kompetitif.

Mungkin pemain akan kembali bermain kalau ada perubahan dibuat Valve mungkin dengan menjadikannya percuma seperti apa yang dibuat pada CS:GO baru-baru ini.

Tapi sehingga hari itu tiba, ramai orang akan melupakan Artifact.

RELATED NEWS

+