Beta terbuka RAN: Lost Islands akan berlangsung dari 17 sehingga 22 Jun ini

Dalam dunia permainan video, genre battle royale kini sudah menjadi tepu dengan pelbagai judul seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan Fortnite tetapi sesuatu yang menyegarkan bakal muncul.

RAN: Lost Islands merupakan sebuah permainan video battle royale yang memberikan fokus kepada pertarungan jarak dekat. Beta terbuka judul ini boleh diakses dari 17 Jun 1AM sehingga 22 Jun 1AM.

Untuk mendaftarkan diri bagi peringatan emel tentang akses beta tertutup ini, anda boleh melayari laman web rasmi RAN: Lost Islands. Anda juga boleh merujuk laman rasmi Steamnya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+