Blair Witch Menghantui Korang Kembali Dalam Game – Saksikan Trailer Terbaru!

Mungkin filem Blair Witch pada tahun 2016 tidak begitu memuaskan. Kali ini, lagenda seram Blair Witch bakal singgah ke dalam game pula.

Semasa persidangan Microsoft di E3 2019, pembangun Observer dan Layers of Fear, Bloober Team memberikan trailer acah untuk game survival horror terbaru mereka, Blair Witch.

Walaupun trailer ini tidak menjelaskan jalan cerita dalam game ini, atmosfera game ini benar-benar melahirkan rasa seram seperti pernah ditonjolkan dalam filem The Blair Witch Project ditayangkan pada 1999.

Dalam trailer ini, seorang lelaki yang ditemani dengan seekor anjing miliknya dipanggil Bullet meneroka ke dalam hutan yang menyeramkan. Sekilas pandang, lelaki itu kelihatan seperti James Sunderland iaitu protagonis utama dalam Silent Hill 2 dan persekitaran pula menggamit mood Alan Wake.

Blair Witch akan dilancarkan pada 30 Ogos 2019 di PC dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+