Pasukan Crackheads dan Yoodo RSG membuktikan bahawa mereka antara pasukan Malaysia yang terbaik untuk membawa nama negara ke persada dunia. "> Pasukan Crackheads dan Yoodo RSG membuktikan bahawa mereka antara pasukan Malaysia yang terbaik untuk membawa nama negara ke persada dunia. " /> Pasukan Crackheads dan Yoodo RSG membuktikan bahawa mereka antara pasukan Malaysia yang terbaik untuk membawa nama negara ke persada dunia. " />

Crackheads dan Yoodo RSG bakal mewakili Malaysia ke Call of Duty Mobile World Championship 2021

Pasukan Crackheads dan Yoodo RSG membuktikan bahawa mereka antara pasukan Malaysia yang terbaik untuk membawa nama negara ke persada dunia.

Pasukan Crackheads muncul sebagai juara manakala Yoodo RSG merembat tempat kedua dalam pusingan kelayakan Malaysia yang tamat pada 22 Ogos baru-baru ini. Kedua-dua pasukan ini akan sekali lagi berjuang di peringkat Garena Regional Qualifier bagi memastikan tempat mereka di COD Mobile World Championship 2021.

Terdapat juga beberapa pasukan yang terkemuka yang telah melayakkan diri ke peringkat awal dan bakal bersama dalam pusingan kelayakan yang akan kelak berlangsung.

Pasukan-pasukannya adalah seperti berikut:

  • Malaysia – Crackheads and Yoodo RSG 
  • Singapore – ALMGHTY and Gaijin Rouge
  • Hong Kong/Macau/Taiwan – MTN DEW, Raptors.DNS
  • Indonesia – DG Esports, Rimo Sadewa, 4U Team
  • Thailand – WDC.FREESLOT, SHARPER ESPORT, FW ESPORT
  • The Philippines – Smart Omega, PDR Esports, RTL Esports

Kesemua pasukan ini akan bertanding dalam peringkat kelayakan tempatan demi membawa pulang sebahagian daripada hadiah wang tunai serta menjadi wakil tunggal SEA ke Call of Duty Mobile World Championship 2021.

RELATED NEWS

+