Demo percuma remake Destroy All Humans kini boleh dimain di PC

Jika anda antara peminat siri Destroy All Humans yang sedang menantikan pelancaran remake judul Destroy All Humans yang pertama, anda kini boleh mencubanya di PC secara percuma melalui sebuah demo.

THQ Nordic telah melancarkan demo percuma judul tersebut di GOG.com. Demo ini mempunyai permainan bertempoh sekitar 20 sehingga 30 minit dan membolehkan anda mencuba permainan darat dan juga dalam kapal UFO.

Destroy All Humans versi remake ini akan dilancarkan pada 28 Julai 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Versi PC boleh dipra-tempah melalui Steam dan GOG.com.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+