Trailer Terbaru Darksiders III Diperlihatkan – Hack & Slash Dari THQ Nordic

Walaupun permainan video ini dijadualkan untuk pelancaran pada akhir November, Darksiders III mempunyai trailer terbaru menampilkan Fury yang berlawan dengan beberapa musuh. Sangat stail!

Trailer yang berjudul Force Fury itu menunjukkan bagaimana Horseman ketiga yang melawan musuh. Dengan berbekalkan senjata talinya, dia juga mempunyai kuasa tukul untuk menjatuhkan musuh.

Kalau korang adalah peminat Darksiders, mesti dah lama korang nantikan keluaran ketiga ini. Jom saksikan trailer di bawah:

Ia akan hadir ke Xbox One, PS4 dan PC pada 27 November ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+