Destroy All Humans Akan Dilancarkan Pada 28 Julai 2020

Bagi anda yang pernah memiliki konsol PlayStation 2 (PS2), anda semestinya pernah main atau sekurang-kurangnya mendengar tentang siri Destroy All Humans. Sebuah remake untuk judul pertama siri tersebut bakal tiba tidak lama lagi.

Sebuah trailer pelancaran untuk Destory All Humans! baru sahaja dikeluarkan. Remake tersebut akan dilancarkan pada 28 Julai 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia. Ia dibangunkan oleh Black Forest Games dan diterbitkan oleh THQ Nordic.

Judul ini merupakan remake penuh Destroy All Humans yang asalnya dilancarkan pada tahun 2005 di PS2 dan Xbox. Sebelum ini, judul terakhir dalam siri tersebut ialah Destory All Humans! Path of the Furon yang dilancarkan pada tahun 2008.

Sebagai seorang peminat Destroy All Humans 2, penulis berharap judul ini berjaya dijual dengan laris agar pihak pembangun dan penerbit membangunkan juga remake untuk sekuel tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+