Dragon Nest 2: Evolution sedia dimainkan sekarang

Selepas 5 juta pra-daftar, Dragon Nest 2: Evolution kini tersedia dimainkan menerusi App Store, Play Store, Huawei App Galery dan lain-lain platform.

Kumpulan muzik dari Jepun, Tsukuyomi sudah melancarkan lagu tema bagi permainan mudah alih ini iaitu If I Knew It Was A Dream.

Dibangunkan oleh Level Infinite, Dragon Nest 2: Evolution dilengkapi IP Dragon Nest yang utama, membawakan gaya permainan sesuai untuk skrin sentuh yang boleh dimainkan sesiapa saja termasuk pemain veteran dan baharu.

Pilih dari empat kelas yang ada untuk lawan bos-bos hebat. Dunia Altea yang indah kini dalam kemelut sekali lagi disebabkan kebangkitan Serpentra, seekor Naga Air.

 

Ia juga bukanlah pay-2-win kerana ekonomi dikawal sendiri oleh pemain dan anda boleh memainkan permainan ini mengikut cita rasa anda.

RELATED NEWS

+