Pra-daftar Dragon Nest II dibuka – Dragon Nest kembali!

Level Infinite baru-baru ini mengumumkan pra-daftar global untuk Dragon Nest 2: Evolution akan datang tidak lama lagi.

Akhirnya penantian bakal berakhir buat peminat-peminat Dragon Nest.

Dragon Nest 2: Evolution akan membawa banyak perubahan baru di mana setiap pemain akan meneroka tempat baru digelar Altea.

Setiap yang pra-daftar akan berpeluang untuk mendapat ganjaran mengikut jumlah pra-daftar.

  • 1 juta pra-daftar: Glazed Amber x100
  • 2 juta pra-daftar: Revive Coin x10
  • 3 juta pra-daftar: Pandora’s Heart x3
  • 4 juta pra-daftar: Crazy Duck Hat x1
  • 5 juta pra-daftar: Angelic Sheep x1

Dragon Nest 2: Evolution adalah MMORPG untuk peranti mudah alih.

Terdapat empat kelas yang boleh dipilih oleh pemain dan setiap kelas akan mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri.

Setiap kelas akan mempunyai 32 pilihan yang memberikan kebebasan untuk mencipta karakter sesuai dengan corak permainan anda.

Permainan mudah alih ini akan dilancarkan di Google Play Store, Apple Store, Huawei AppGallery dan OPPO Store.

Dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Dragon Nest 2.

RELATED NEWS

+