Dreammax adalah pasukan terakhir dijemput ke MPL Brazil

Liga Professional Mobile Legends (MPL) Brazil musim pertama akan bermula pada Ogos ini tapi ia semakin hangat diperkatakan di laman sosial.

MPL Brazil membuat pengumuman enam pasukan jemputan yang akan bertanding dan Dreammax adalah pasukan terakhir diumumkan.

Pasukan ini pada mulanya menyertai kejohanan dunia Mobile Legends, M2 dan sempat bertarung dengan skuad Malaysia, Todak serta RRQ dari Indonesia.

Dreammax juga dianggap pasukan yang kuat daripada Brazil kerana terpilih ke kejohanan dunia.

Saksikan pusingan kelayakan MPL Brazil bermula dari 16 hingga 18 Julai ini. Musim liga pula akan bermula pada 14 Ogos hingga 19 September ini.

RELATED NEWS

+