EA akan membawa kembali ‘Skate’ selepas 10 tahun

EA nampaknya berminat untuk membawa kembali permainan video lama mereka iaitu Skate. 

Selepas beberapa tahun lamanya mendengar khabar angin, nampaknya kali ini siri Skate akan menerima judul baru dan sedang dalam pembangunan. Buat masa ini, bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai permainan tersebut.

Malah, pembangun mengatakan “ia masih terlalu awal” namun ini berita baik kepada peminat yang menunggu sejak tahun 2007 (waktu di mana siri ini pertama kali dilancarkan).

Bagi yang tidak tahu, Skate adalah sebuah siri permainan video simulasi papan luncur yang menerima sekuel, Skate 2 dan Skate 3 pada 10 tahun lepas.

kuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+