Evil Dead: The Game ditangguh ke Februari 2022

Saber Interactive dan Boss Team Games umumkan Evil Dead: The Game ditangguh hingga Februari 2022 untuk memberikan lebih masa untuk proses penambahbaikan permainan dan menambah pilihan pemain tunggal.

Penangguhan itu diumumkan melalui Twitter, malah kumpulan itu berkongsi berita untuk tenangkan peminat untuk membenarkan mereka menghasilkan “pengalaman Evil Dead terbaik yang ditunggu-tunggu,”

Evil Dead: The Game diumumkan pada The Game Awards 2020 dan menampilkan permainan kerjasama dan PvP, tetapi akan melihat Bruce Campbell kembali sebagai Ash Williams.

Di dalam perlawanan Evil Dead, beberapa pemain memerlukan untuk menutup penembusan antara dunia, sementara yang lain akan mengawal kuasa Kandarian Demon untuk memburu Ash dan rakan-rakan sambil merasuk Deadites, kawasan sekitar dan mereka sendiri.”

Permainan ini terdapat pelbagai peta termasuk peta ikonik kabin dalam hutan dan pilihan senjata yang banyak termasuk gergaji milik Ash.

“Saya teruja untuk menyarung gergaji sekali lagi,” kata Campbell. “Boss Team dan Saber Interactive sedang merancang sebuah dealio yang mengasyikkan, dan saya tahu saya perlu kembali. Anda boleh menjadi saya dan hapuskan Deadite!”

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+