Game A Quiet Place dikatakan sedang dalam pembangunan

Sebuah permainan video berasaskan filem seram thriller A Quiet Place dikatakan sedang di dalam proses pembangunan dan ia dijadualkan akan dilancarkan pada sekitar tahun 2022. 

Dibangunkan oleh Saber Interactive, iLLOGIKA dan EP1T0ME dan ia dikatakan sebuah “kisah survivor di dalam dunia A Quiet Place yang belum terungkai”. Tetapi, dikatakan tidak akan mengikut jalan cerita seperti di dalam filem arahan John Krasinski itu.

Saber Interactive menyatakan, “Permainan video rasmi pertama ini berlatarkan dunia A Quiet Place yang menggerunkan dan akan membawakan cerita permainan yang penuh suspen, emosi dan drama seperti di dalam siri itu.”

“Pembangunan permainan ini dijalankan oleh iLLOGIKA sebuah studio yang berpangkalan di Montreal dengan kepakaran veteran daripada Rainbow Six dan Far Cry dan diterbitkan oleh Saber Interactive, syarikat Embracer Group.”

Buat masa ini, laman sesawang rasmi untuk permainan ini sudah boleh di layari, namun ia masih belum memberikan perincian mengenai permainan ini selain memaparkan logo dan menyatakan ia akan dilancarkan pada 2022. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+