Gameplay Vampyr Dikongsikan Dengan Lebih Lanjut Dalam Video Berdurasi 55 Minit

Jarang kita dipersembahkan dengan watak utama pontianak yang menghisap darah. Hari ini, DONTNOD Entertainment berkongsi gameplay terbaru Vampyr yang hampir memakan masa sejam.

Gameplay ini mengambil tempat enam jam ke dalam cerita, menunjukkan ekosistem bagi setiap daerah dan penghuninya. Pemain boleh membunuh atau biarkan penduduk London, menggunakan darah mereka untuk dapatkan kuasa baru.

Protagonisnya, Jonathan Reid juga seorang doctor dan boleh menyembuhkan manusia dengan membuat eksperimen dan mencipta ubat tertentu. Kalau korang sembuhkan penyakit, ia menambah kualiti hidup penduduk dan daerah didiami mereka. Tapi untuk pemain yang hanya kisahkan untuk jadi kuat saja, ini bermakna darah mereka turut beri efek dalam meningkatkan kekuatan!

Korang perlu imbangkan kadar nyawa penduduk setempat kerana jika ia menurun dengan mendadak, penduduk akan mudah sakit dan barang jadi naik harga. Kalau terlalu rendah, korang akan hilang penguasaan atas daerah itu.

Ini bermakna semua kedai, misi sampingan dan penduduk setempat akan hilang selamanya, diambil alih oleh musuh. Kalau ini berlaku, bukannya permainan itu akan berakhir. Korang yang kehilangan empat daerah masih boleh menyiapkan main story tapi pengakhirannya adalah berlainan.

Disebabkan durasi video itu yang lama, korang hanya boleh saksikannya di pautan sumber di bawah.

Sumber: wccftech

RELATED NEWS

+