Need for Speed: Payback dan Vampyr percuma untuk pelanggan PS Plus Oktober 2020

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan-permainan percuma bulan Oktober untuk pelanggan PlayStation Plus (PS Plus) iaitu Need for Speed: Payback dan Vampyr. Kedua-duanya boleh dimuat turun bermula dari 6 Oktober hingga 2 November ini.

Penulis yakin ramai pemain di Malaysia sudah terbiasa dengan siri permainan perlumbaan Need for Speed. Need for Speed: Payback pada asalnya dilancarkan pada tahun 2017 dan ia pernah dicalonkan dalam kategori Permainan Perlumbaan Terbaik di acara Gamescom 2017.

Terdapat banyak ciri-ciri menarik Need for Speed: Payback yang tidak ditemui dalam kebanyakan judul-judul lain dalam siri tersebut seperti permainan dunia terbuka yang mempunyai kitaran 24-jam dan pemilihan antara tiga watak utama yang mempunyai kemahiran-kemahiran berbeza.

Vampyr pula merupakan sebuah permainan aksi dengan elemen role-playing game (RPG) di mana pemain akan bermain sebagai seorang doktor yang bertukar menjadi pontianak. Permainan ini dibangunkan oleh Dontnod Entertainment, studio yang juga membangunkan siri Life is Strange.

Watak utama Vampyr iaitu Jonathan Reid perlu bergelut dengan dua sisi dirinya sebagai seorang doktor yang harus menyelamatkan nyawa manusia dan seorang pontianak yang memerlukan darah manusia untuk hidup. Satu ciri menarik tentang permainan ini ialah ia berlangsung pada awal abad ke-20.

Jika anda masih belum menebus dua permainan percuma PS Plus yang ditawarkan pada bulan September iaitu Street Fighter V dan PlayerUnknonw’s Battlegrounds (PUBG), anda masih mempunyai banyak masa kerana kedua-duanya akan diganti dengan dua permainan di atas pada 5 Oktober ini.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+