GamesMY dalam pencarian pemain wanita berbakat role Jungler dan EXP Laner

GamesMY Esports kini menjadi antara pasukan hebat dalam arena e-sukan negara.

Mereka kini dalam pencarian pemain wanita berbakat untuk pasukan MLBB mereka yang bermain posisi Jungler dan EXP Laner.

Pasukan MLBB wanita Malaysia sentiasa menempuh cabaran untuk menempah nama.

Tetapi dengan datangnya pertandingan wanita akan datang, GamesMY Esports komited untuk membawa pasukan wanita menjadi lebih hebat dan dikenali ramai.

“Kami kini dalam pencarian pemain wanita berbakat khususnya pemain Jungler dan EXP dalam Malaysia,” ujar Mokie selaku pengurus GamesMY Ladies MLBB.

“Dengan pertandingan yang tidak lama lagi, kami mahu organisasi ini menjadi tumpuan orang ramai dan juga menaikkan lagi nama pasukan wanita kami,” tambahnya lagi.

Bagi individu yang berminat, anda boleh memohon di pautan ini. Wanita berusia 18 – 29 tahun digalakkan untuk memohon.

Borang permohonan akan ditutup mulai 31 Januari ini.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di Instagram dan TikTok GamesMY Ladies.

RELATED NEWS

+