Kanak-kanak 12 tahun berjaya Immortal dalam Dota 2

Dota 2 adalah antara permainan video MOBA paling kompetitif.

Malah untuk naik rank dalam Dota 2, anda perlukan dedikasi dan komitmen yang besar.

Bagi yang tidak tahu mendapat Immortal adalah seperti mendapat Mythic ke atas dalam MLBB, Challenger dalam League of Legends, Radiant dalam Valorant dan Grandmaster dalam Overwatch.

Inilah yang dikatakan Kid Invoker sebenar.

Rishi Rain Gaming adalah seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dan kini berjaya mendapatkan Immortal rank dalam server Asia Tenggara (SEA).

Rishi ini juga mendapat pujian apabila Torte De Lini sendiri mengiktiraf budak ini dengan kehebatannya.

Untuk mencapai Immortal bukan perkara mudah mahal di server SEA pula.

Rishi berjaya mendapatkan 5,400 MMR dan kini pemain Immortal Dota 2.

Menurut data dari esportstales Rank Immortal adalah hanya 1.7% sahaja daripada semua jumlah pemain yang ada.

Malah bekas pemenang TI Topson juga menghadapai masalah apabila bermain di server SEA.

Sudah semestinya Rishi pasti akan mempunyai masa depan cerah untuk menjadi pemain profesional Dota 2 nanti.

Malah SumaiL sendiri mula bermain untuk pasukan profesional ketika berumur 16 tahun.

Anda boleh tonton Rishi di laman rasmi Facebook Rishi Rain Gaming.

RELATED NEWS

+