Kisah 3 pemain profesional e-sukan negara selepas bersara – apa yang mereka lakukan sekarang?

Bagi pemain-pemain profesional e-sukan tidak peliklah untuk mereka berehat dan berhenti awal selepas lama berkecimpung dalam dunia e-sukan.

Sama seperti atlet sukan biasa perkara seperti ini tidak lari untuk pemain e-sukan.

Inilah kisah 3 pemain profesional e-sukan dari Malaysia yang behenti awal dan apa yang berlaku dalam hidup mereka sekarang ini.

AimaNNN Counter Strike: Global Offensive

Dikenali sebagai aimaNNN dia meninggalkan industri pada tahun 2021.

Dia berhenti selepas menyedari industri e-sukan tidak stabil dan cukup untuk dia membuat karier.

“Saya perlu berdalih. Bukan mudah untuk berhenti dari membuat perkara yang kita suka dengan semua usaha selama 10 tahun lebih. Saya terpaksa berfikir mengenai pendapatan dan keluarga.” ujar aimaNNN kepada Vulcanpost.

Perkara ini juga berlaku kepada dua pemain profesional Dota 2 WinteR dan ChuaN yang dikenali ramai di serata dunia mengenai jasa mereka terhadap Dota 2 terutamanya sebagai rakyat Malaysia.

WinteR Dota 2

“Pada mulanya, saya sendiri tidak menyangka berapa lama saya akan berada dalam industri,” ujar Chan Litt Binn atau WinteR dalam temubual sama.

“Semakin lama, saya memahami saya berupaya lagi bertanding di tahap yang sama sebelum ini,” katanya lagi.

ChuaN Dota 2

ChuaN satu lagi pemain profesional yang sangat dikenali ramai suatu masa dahulu juga berhenti dari dunia profesional Dota 2.

Dia berada dalam industri sejak berusia 18 tahun lagi dan turut menjadi pemain Asia Tenggara pertama yang pernah memenangi The International.

“Sebenarnya, saya mahu berada di dalam karier ini selamanya,” ujar ChuaN.

Dia terpaksa meninggal dunia kompetitif disebabkan perangainya sendiri.

Apa yang mereka buat sekarang?

Ada juga pemain-pemain lama yang mempunyai bakat untuk mengajar pelapis baharu.

WinteR kini menjadi jurulatih dan pengulas dalam industri Dota 2 dan dia juga antara penganalisis Dota 2 terbaik.

ChuaN pula kini bergerak sebagai jurulatih kepada pasukan Neon Esports yang juga pasukan dari Filipina.

ChuaN mengatakan jika tidak bekecimpung dalam e-sukan lagi, ini bermakna dia sudah menjumpai perkara yang lebih penting dalam hidupnya.

Manakala, Aiman pula terus meninggalkan industri dan kini bekerja dalam syarikat telekomunikasi.

“Mengejutkan, saya mendapat banyak kelebihan dari e-sukan,” ujar Aiman.

Namun kini, tidak semua ingin keluar e-sukan sekiranya matlamat mereka belum tercapai.

Sebagai contoh, Puppey masih lagi bermain sebagai pemain profesional e-sukan untuk Team Secret walaupun berusia 32 tahun.

Mungkin dasar baru patut diwujudkan untuk pemain-pemain yang sudah bersara dan masih mahu menyumbang untuk industri.

Rujukan: Claudia Khaw Vulcanpost

RELATED NEWS

+