Kisah Budak 12 Tahun Cipta Game Membuka Mata Masyarakat Terhadap Industri Pembangunan Video Game

Baru-baru ini, kisah Muhammad Thaqif mendapat ramai perhatian netizen apabila dia mampu mencipta sebuah video game dengan menggunakan sebuah perisian Unity.

Thaqif atau nama penuhnya, Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri berusia 12 tahun telah membangun game bertemakan first-person shooter (FPS) menggunakan komputer yang dipinjam di pusat Internet Malaysia FELDA Jengka 15.

Video game yang masih tidak diberikan judul sudah pun siap sebanyak 75 peratus dan memaparkan gameplay FPS ringkas seperti menembak musuh serta mengumpul peluru senjata. Menurut Berita Harian, Thaqif akan menyiapkan game ini dengan kadar segera dan berhasrat untuk membangunkan lebih banyak video game lain juga.

Korang boleh lihat sedutan game dihasilkan oleh Thaqif yang dikongsikan bersama halaman Facebook, PC Gaming Community Malaysia di bawah:

Kisah Muhammad Thaqif tular di kebanyakan media sosial berjaya membuka pandangan masyarakat umum terhadap pembangunan video game di Malaysia. Ini mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twitter peribadinya.

Baca: 3 Isu Hangat Korang Perlu Pandang Serius Terhadap Industri Pembangunan Video Game & E-Sukan Di Malaysia

Melihat dengan keterbukaan dan rasa ingin tahu masyarakat, seorang game programmer dari Les Copaque Game Development, A Samad Said memulakan sebuah bebenang di Twitter untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam kotak fikiran orang ramai kepada perihal pembangunan video game tempatan melalui tanda pagar (hashtag) #GameDevMY.

“Tujuan saya membuka bebenang ini adalah untuk menyedarkan orang ramai terhadap kewujudan pembangunan video game di Malaysia ini. Tanggapan negatif ‘video game ini hanya membuang masa’ masih lagi kuat dalam kalangan masyarakat walaupun industri video game sudah mencecah USD$235 bilion.”

Kisah adik Thaqif ini mencetus perbincangan tentang pembangunan video game di Malaysia kerana industri ini masih lagi dianaktirikan berbanding e-sukan.  Saya juga mahu berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu serta memberi pendedahan yang amat diperlukan dalam industri pembangunan video game,” kata Samad.

Rata-rata netizen bertanyakan perisian mana yang sesuai digunakan untuk mencipta sesebuah video game, cara untuk belajar coding secara percuma dan banyak lagi.

Bagi mereka mahu mengetahui lebih dekat tentang pembangunan video game, korang bolehlah ikuti bebenang Twitter ini dan tanya soalan dengan gunakan hashtag #GameDevMY.

Kredit gambar: Malay Reporter

RELATED NEWS

+