Mad Box: Konsol Baru ‘Paling Berkuasa’ Bakal Menandingi PlayStation, Xbox Dan Nintendo

CEO Slightly Mad Studios, Ian Bell umum studio ini akan membangunkan sebuah konsol baru dengan sokongan VR.

Slightly Mad Studios adalah sebuah studio terkenal dengan game simulasi perlumbaan seperti Project CARS 2 dan Need for Speed: Shift. Bell sebenarnya sudah mendedahkan tentang ‘the Mad Box‘ melalui akaun Twitter yang juga ditweet kembali oleh akaun rasmi Slightly Mad Studios.

Menurut temuramah bersama Variety, Bell berkata konsol seakan PlayStation atau Xbox ini akan dilancarkan pada masa 3 tahun akan datang. “Ia akan menyokong hampir semua kaca mata VR terkini bervisual 4k 60 FPS dan juga VR untuk PC laju yang bakal tiba pada 2 tahun akan datang,” kata Bell. 

Apabila ditanyakan tentang koleksi game, Bell menjelaskan konsol ini akan menerima semua jenis game dari pelbagai developer tak kira baru ataupun lama. 

Untuk bertanding dengan PlayStation, Xbox dan Nintendo yang terkenal dengan senarai game eksklusif mereka, konsol Mad Box juga mestilah kena ada game eksklusif kan? Namun, beliau menjawab, “ini terpulang kepada developer. Saya rasa game eksklusif ini hanya mengasingkan industri gaming yang sudah kaya dengan amalan monopoli atau oligopoli.
 
“Kami juga akan mengeluarkan enjin merentas platform (cross platform) untuk bangunkan game dan ini bergantung kepada pilihan mereka. Buat masa sekarang, kami tiada rancangan untuk bayar insentif kepada developer untuk menghalang game mereka ke platform lain.”
 
 
Konsol ini juga akan dipasarkan ke seluruh dunia dan menawarkan harga yang setaraf dengan konsol masa kini tetapi masih terlalu awal untuk beri kata putus menurut CEO Bell. “Kami sudah ada beberapa penaja menawarkan dana untuk kami menyiapkan produk tapi ia masih awal untuk diperkatakan dan kami sedang melihat beberapa tawaran yang bagus,” jelas Bell.
 

RELATED NEWS

+